Organisasi
Perkhidmatan Utama
Melalui aktiviti bantuan kemanusiaan, bersama kita hulurkan bantuan untuk meringankan beban masyarakat yang ditimpa musibah di samping mengadakan aktiviti dan program amal jariah dari masa ke semasa.
Melalui rangkaian jaringan perhubungan pusat pendidikan di Malaysia bagi membantu anak-anak yang terpinggir jauh untuk mendapat pendidikan mahupun yang mempunyai masalah dokumentasi yang memerlukan bantuan dari sudut ilmu dan kebajikan.
Memberi saluran kaunseling bagi khidmat nasihat perundangan, sokongan serta penyelesaian permasalahan undang-undang khusus kepada masyarakat yang memerlukan.
Melalui relawan amal DOKTOR, kami juga memberi dan mengadakan aktiviti pemeriksaan kesihatan untuk masyarakat miskin yang tidak berkeupayaan, mahupun yang tinggal jauh di pedalaman yang memerlukan bantuan perubatan.
Melalui program keagamaan yang inklusif, kami menyokong pembangunan rohani masyarakat dengan menganjurkan aktiviti keagamaan, ceramah, dan majlis ilmu bagi memupuk nilai-nilai murni serta mempererat hubungan sesama komuniti.
