KATA PENGANTAR
OLEH PENGASAS/PENGERUSI : DATO’ MD KALAI ARASU
Salam Sejahtera,
Syukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurnianya, Profil Persatuan DK Malaysia (PDKM) atau dikenali juga dengan nama DK Malaysia Association ini dapat disempurnakan dengan jayanya.
Profil ini merangkumi segala pengetahuan dan maklumat yang dapat kami salurkan dengan tepat dan diluluskan oleh para ahli Jawatankuasa Pusat dalam
Mesyuarat agong serta dapat digunakan sebagai sumber
rujukan untuk para dermawan yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Persatuan ini. Selain itu, profil ini juga dapat digunakan sebagai garis panduan bagi kakitangan dan juga ahli yang ingin menyertai Persatuan.
Objektif utama PDKM adalah untuk membantu rakyat dibawah kategori paras kemiskinan serta membantu negara dimasa aman dalam lapangan perkhidmatan perubatan dan kemasyarakatan. Disamping itu juga, PDKM membantu negara dalam menghadapi saat yang tidak terduga seperti kecemasan setempat, bencana berskala kecil, sedherhana dan besar.
Selain itu juga, persatuan ini diasaskan bertujuan untuk menggerakan tenaga kerja sukarela dimasa aman dan bencana berdasarkan prinsip-prinsip Persatuan. Dimasa-masa tertentu dan sebagai salah satu cabang aktivitinya, Persatuan ini digalakkan memberi input dan Latihan kepada ahli-ahli sukarelanya dalam menghadapi situasi yang tidak terduga.
Bagi mencapai matlamat utama penubuhan, kami telah dan akan merangka beberapa strategi bagi tujuan pelaksanaan Antaranya penglibatan penuh PDKM dan komitmen kami dalam memastikan segala yang perlu dipatuhi dalam plan kontigensi bencana negara menerusi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) diambil kira.
Adalah menjadi harapan kami agar masyarakat tidak kira samada individu ataupun organisasi / syarikat supaya tampil menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk dan sama-sama menggembeling tenaga serta kepakaran dalam memantapkan lagi Persatuan.
Akhir kalam, semoga dengan bantuan dan sokongan semua pihak, segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayangnya sekaligus diberkati oleh tuhan.
Sekian.

