Jumaat | 2 Julai 2021 | 8.00 Malam | Bandar Mahkota Cheras, Selangor.
AJK PERSATUAN DK MALAYSIA menyampaikan barangan runcit kepada sebuah keluarga yang kurang berkemampuan di Bandar Mahkota Cheras, Selangor. Kami telah menyampaikan bantuan barangan runcit kepada keluarga yang terjejas sumber pendapatan. Penama Bernama P. Nesamalar adalah seorang ibu tunggal dan mempunyai 5 orang anak yang masih belajar. Suaminya meninggal dunia pada 15 Feb 2021 akibat sakit paru-paru berair.
Penama amat memerlukan bantuan pakaian untuk kegunaan harian 5 orang anak bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh beliau. Kami merayu bantuan, sumbangan pakaian harian dari anda yang prihatin. Hal ini demikian kerana, pendapatan penama tidak cukup untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.
Terimakasih kepada Dato MD Kalai Arasu, Pengasas DK Brothers atas sumbangan barang runcit tersebut. Turut hadir Bersama S. Alagandran, Vasu Muniandy dan Pn. Selvi JaiLakshna ahli Jawatankuasa PDKM.
Sekian, terima kasih.
‘’PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19’’
SETIAUSAHA

By Admin