SEJARAH PERSATUAN

Kami menawarkan bantuan terbaik kepada masyarakat Malaysia

Persatuan DK Malaysia (PPM: 028-10-10112020) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja dan objektif kami adalah untuk menjadi NGO Kebajikan pilihan dunia menjelang tahun 2025. KAMI berkhidmat secara sukarela untuk membangunkan masyarakat melalui pendekatan Pendidikan, Kebajikan, Kesihatan, Kemanusiaan & Kemasyarakatan dalam singkatan 1P 4K selari dengan maksud di sebalik DK yang membawa erti DEMI KEBAJIKAN MASYARAKAT.

Persatuan DK Malaysia adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 10 November 2020 dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). No. Pendaftaran PPM-028-10-10112020.

Objective penubuhan Persatuan DK Malaysia adalah seperti berikut :-

Objektif utama PDKM adalah untuk membantu rakyat dibawah kategori paras kemiskinan serta membantu negara dimasa aman dalam lapangan perkhidmatan perubatan dan kemasyarakatan. Disamping itu juga, PDKM membantu negara dalam menghadapi saat yang tidak terduga seperti kecemasan setempat, bencana berskala kecil, sedherhana dan besar.