Jumaat, Okt 17 | 6.00 pm – 12.00 pm | Taman Jasmin Kajang, Selangor.

Telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Deepavali 2025 kali ke-3. Majlis ini telah dirasmikan oleh  Tetamu Kehormat Yang Berbahagia Tuan Hj Mazwan Johar, Penyelaras N26 Dun Sungai Ramal, Ketua Parti AMANAH Negara kawasan Bangi. Turut hadir Yang Berusaha Encik Rasa Selvam, Ketua MIC Bahagian Hulu Langat, Yang Berusaha Tuan Anand Superintendent D6, Bukit Aman, Yang Berusaha Tuan Vinod Elanggo, Superintendent, Ibu Pejabat Penjara Malaysia,
Dr. Surenthiran Muniandy, Encik Rajkumar Perumalu, Ketua PPP Negeri Selangor, Naib ketua PKR Cabang Bangi, Encik Ganeshkumar Sambanthan Ketua Pemuda IPF Malaysia, Ketua Pemuda IPF Hulu Langat, EXCO dan AJK Persatuan DK Malaysia.

Dato MD Kalai Arasu selaku Penaung / Pengerusi Persatuan DK Malaysia telah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh rakan-rakan dan ahli keluarga India yang meraikannya di sini.

Majlis ini bermula dengan Persembahan tarian dan nyanyian oleh penyanyi jemputan terkenal Malaysia. Persatuan DK Malaysia telah mengedarkan makanan Pizza, Air mineral dan serta sumbangan Hamper, Ang Pow kepada 300 keluarga kurang berkemampuan.Sumbangan kepada berumur 70 tahun keatas seramai 70 orang dan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun juga telah menerima Ang Pow. Cabutan bertuah juga telah didakan.

Perayaan Deepavali ini adalah bukti keindahan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, di mana kita meraikan setiap perayaan bersama-sama.Ia bukan hanya tentang meraikan satu kaum, tetapi juga peluang untuk kita merapatkan silaturahim antara kaum dan agama

Terima kasih diucapkan kepada para penderma yang menjayakan sambutan Deepavali ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ahli Persatuan DK Malaysia dan sahabat-sahabat seperjuangan yang telah membantu daripada pelbagai aspek sokongan sepanjang tempoh perancangan dan pelaksanaan program ini. Kemenangan ini juga sebahagian hasil segala doa dan ucapan sokongan daripada anda.
Sekian, terima kasih.

SETIAUSAHA                                                                                                           Persatuan DK Malaysia                                                                                            info@pdkm.org.my

By Alaga