SUMBANGAN PEMBERIAN 200 EKOR AYAM PROSES KEPADA GOLONGAN B40 DI SEKITAR HULULANGAT/BANGI.
Kajang, 31 Julai 2021 (Sabtu) – Pihak PDKM (Persatuan DK Malaysia) dengan bantuan jawatankuasa dan Ketua Wanita telah menguruskan menyalur sumbangan berupa ayam proses semasa Pandemik Covid-19 kepada keluarga B40 dan Rumah kebajikan anak-anak yatim. Setiap penerima yang mewakili keluarga masing-masing telah menerima dua ekor ayam. Sumbangan tersebut telah diberikan oleh Ketua Wanita PDKM Mdm. Jai Lakshana.
Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga yang terjejas.
Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan moral dan jasa baik orang perseorangan.
Semoga kita akan terus bekerja keras untuk membela nasib masyarakat di masa pandemik ini.
~S. Alagandran

By Admin